Friday, January 13, 2012

Apa Itu Tinggi Kolestrol?


Masih terngiang-ngiang gelak ketawa arwah Mohammad Aidil. Hampir semua pekerja HID Global masih lagi merasakan akan kehilangannya. Dari postmortem yang di buat oleh Doktor, dia mengesahkan Arwahnya ada Kolesterol yang tinggi di dalam darah.


Kolesterol yang tinggi di dalam darahnya telah menyebabkan arteri ke jantungnya tersumbat. Ini menyebabkan serangan jantung ke atas dirinya. Wah, rupanya-rupanya kandungan kolestrol di badan Arwah tinggi yang menyebabkan ini semua berlaku. Nampak sihat, badan kurus dan aktif bersukan tetapi kolestrol tinggi.


Apa itu kolestrol tinggi ya?


Kolestrol yang tinggi di dalam badan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Setiap manusia mempunyai kolesterol di dalam badan. 80% kolesterol berada di dalam badan kita dan 20% lagi di hasilkan melalui pemakanan kita. Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh badan :
a) LDL ( Lipoprotein low-density ) -Jika tahap LDL di dalam badan berlebihan, ia boleh menyekat arteri daripada menyalurkan darah yang cukup kepada jantung anda. Tahap LDL yang baik adalah di bawah 100mg.
b) HDL ( Lipoproteins high-density ) -HDL pula ialah sejenis kolesterol ynag membantu membersikan lebihan LDL di dalam darah dan menyekat daripada menyekat saluran arteri ke jantung.


Anda tidak akan berasa sakit jika mempunyai kolesterol yang tinggi. Tetapi jika kolesterol sudah menyekat saluran arteri dan aliran darah ke jantung ataupun ke otak sudah pun tersimbat, ia boleh menyebabkan serangan jantung ataupun strok. Antara simptom-simptom seseorang itu mempunyai kolesterol yang tinggi adalah badan cepat penat, sakit di ulu hati dan mengantuk. Antara sebab-sebab yang boleh mengundang lebihan kolesterol dapam badan adalah :
a) Faktor genetik ataupun latar belakang keluarga yang mempunyai kolesterol yang tinggi.
b) Tidak bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat
c) Pemakanan – Lebihan lemak dan karbohidrat (nasi, snack, mie, roti )dalam badan boleh menyumbang kepada kolesterol yang tinggi dalam badan.
d) Faktor Umur – Setelah umur mencapai 20 tahun ke atas, secara semulajadinya tahap kolesterol di dalam badan akan naik. Ini berlaku secara semulajadi.
Banyakkan makan makanan yang mengandung Fitosterol kerana fitosterol akan menyingkirkan kolesterol mendap pada saluran arteri anda:

Aku mengingatkan diri aku dan rakan supaya terus menjaga kesihatan. Pergi buat pemeriksaan doktor jika perlu. Mintak nasihat doktor yang bertauliah. Di harap info ini boleh di jadikan panduan kepada kita semua. InsyaAllah.

Dapatkan "Bio Zone Food Purifier" pembersih makanan yang berteknologi "Ozone" yang dapat "mencuci" makanan untuk anda sekeluarga...

hubungi 019 380 0181/017 360 8441
email: kni_j@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment